Zakry ni member lame mase kat sekolah dulu..
Dia asal dari Batu Pahat Johor
Umur baru 23...hari ni hari jadi dia.. tapi dari sekolah lagi kitorang dah panggil dia atuk... sebab nye?? (ade lah kan zack?)
Sekarang dia keje di Technology Park (TPM)...
dia ni minat gila dengan Hunny Madu.. ade sesapa nak intro kan die kat Hunny Madu tak?
Dulu kat sekolah hobi kitorang sama - bola sepak.. tapi dah lame gile tak jmp die.. tatau la sape lg terer skrg...
Zack ni single skrg (baru lepas break - tumpang simpati la kat ko zack).. jadi kalau ade sesapa gadis² single yang minat nk berkenalan dengan dia boleh la contact dia...
ni ym dia..mohdzakryashari... no hpon 0197334763..
ape lagi eh?
zack... bile nak lepak minum²?

Kedua-dua tangki NGV (Natural Gas Vehicle) dan LPG (Liquified Petroleum Gas atau gas memasak) pada asasnya berfungsi untuk menyimpan dan menyalurkan gas pada kadar yang tertentu. Tetapi kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan ketebalan serta spesifikasi material dan rekabentuk. Maka tangki NGV tidak boleh dijadikan tangki LPG dan tangki LPG tidak boleh dijadikan tangki NGV.

Dalam keadaan harga minyak yang masih agak tinggi sekarang, keinginan pengguna untuk mengurangkan kos pengangkutan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengubahsuai tangki LPG menyimpan CNG (Compressed Natural Gas). Jika tidak mampu untuk memasang tangki NGV yang mengikut spesifikasi, gunalah petrol atau diesel biasa.Jangan letakkan nyawa anda dan pengguna lain dalam risiko kemalangan.

Seseorang peniaga atau sesebuah perniagaan kini masih boleh mengurangkan kos diesel dengan memohon "fleet card" daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Dengan "fleet card" ini peniaga dan perniagaan boleh mendapatkan diesel pada harga subsidi, RM1.43/liter pada kuota maksimum 1800liter sebulan (untuk lori solid kargo biasa). Untuk keterangan lanjut sila rujuk KPDNHEP.

Tangki NGV

Tangki LPG


Perniaga terbunuh tangki gas van meletup

Nov 8, 08 (Sumber: Malaysiakini.com)

Seorang peniaga terbunuh manakala abangnya dan seorang pembantu mereka cedera setelah tangki gas pada van mereka meletup semasa mereka mengisi gas di sebuah stesen minyak di Batu Berendam di Melaka malam tadi.

Menurut laporan pasukan bomba, tangki gas van tersebut merupakan sebuah tangki gas memasak LPG biasa yang diubahsuai untuk mengisi gas NGV.

Seorang saksi kejadian berkata, semasa kejadian itu, van yang dinaiki ketiga mangsa sedang diisi gas NGV apabila tong gas kenderaan mereka tiba-tiba meletup.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Kubu yang diketuai Komander Operasi, Mokhtar Othman berkata sewaktu pasukan itu tiba di tempat kejadian kira-kira jam 8.15 malam, mereka mendapati van jenis Toyota Lite Ace itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

"Pintu van sebelah kiri tertanggal akibat impak gas yang meletup. Kami menemui sebuah tangki gas memasak LPG yang telah diubahsuai untuk mengisi gas NGV di kenderaan tersebut," katanya.

Jangan cuba ini ketika memandu

Siapa kenal Nafisz Daniel? Beliau ialah seorang pemenang minggu X-Letop di laman web XFM... juga beberapa kali menjadi XIP.. baru² ini membantu saya menghabiskan tiket gila wayang filem animasi Igor...

Nafisz telah membantu menjayakan rakaman video untuk iklan perfume ini...Cuba cari Nafisz..

p/s: Clue - memegang alat muzik...memakai songkok dalam gambar di berikut..

Just nak mention di sini bahawa pada beberapa minggu yang lepas.. saya telah berjaya menukar status saya dari single... kepada tidak single.. atau dlm erti kata lain... sedang bercintan-cintun.... maka dengan itu berakhirlah zaman single saya sejak 5 tahun 6 bulan yang lalu...moga perubahan status ini akan membahagiakan kami berdua...

Ada kawan² dan pelawat² blog ini minta saya upload gambar gadis yang menukar status saya itu... apakan daya belum ada gambar yang bole saya uploadkan di sini... Insyaallah kalau dah ada nanti... dan dpt approval untuk upload kat blog ni.. saya upload la...


Contact No:
e jart 014-2502546

Jenis Persembahan:
Live Band

Profile Band:

Band Name: D.I.A (Dead, I Am)
Band Members: e jart-vocal, helmi-ram, zamri-bass, alwi-gitar
Band Origin: Taiping, Perak since 2006/07
Music Genre: Alternative Metal/Rock

Discography: EP pada April 2009.Sekarang diorg tengah mempromosikan band diorg dan 5 lagu yang sedang dalam proses rakaman.

http://www.myspace.com/diatheband




Jumaat - 31 Oktober 2008 - 7.00pm - Hari ini saya telah bertolak ke Kepala Batas, Pulau Pinang, bersempena Majlis Mohon Restu dan Solat Hajat untuk calon² SPM MRSM Kepala Batas yang mana salah seorang pelajar disitu ialah adik saya.Turut bersama saya ke Kepala Batas ialah ibu bapa saya.

Selepas solat maghrib, isyak bacaan yasin serta solat hajat, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi dari seorang penceramah luar. Seperti ceramah motivasi untuk calon SPM lain, penceramah berjaya menimbulkan suasana hiba dengan mengeluarkan air mata para pelajar kerana emosional untuk berjaya dalam SPM demi membalas jasa ibu bapa masing².

Selepas tamat majlis pada malam itu kami meninggalkan maktab dan check-in di Hotel Seri Malaysia, Sg Petani.

Keesokkan paginya selepas check-out kami kembali ke maktab tersebut untuk satu lagi majlis iaitu Majlis Graduasi Pelajar. Majlis seperti ini adalah kebiasaan bagi pelajar MRSM namun jarang dipraktikkan di sekolah² biasa. Untuk majlis ini adik saya telah mendapat 3 anugerah, Anugerah Pencapaian Kelas Pertama, Anugerah Penghormatan Pengetua dan Anugerah Prestasi Cemerlang Akademik. Saya sebagai abang beliau sangat berbangga dengan pencapaian adik saya.

Kurang 2 minggu dari sekarang, calon² SPM akan menduduki peperiksaan SPM. Diharapkan pada ketika ini calon² telah melengkapkan diri secukupnya bagi menghadapi SPM. Dalam tempoh masa yang singkat ini gunakanlah sepenuhnya masa untuk ulangkaji ringkas. Gunakan semua tips² yang telah ditunjuk ajar oleh guru², penceramah², senior², atau sesiapa pun. Tetapi jangan pula meniru. Tiada guna meniru dalam SPM kerana kebanyakan kertas adalah subjektif.

Sekali lagi untuk adik saya, Mohd Arif Fadzleen, serta semua calon² SPM pada tahun ini, saya ucapkan selamat berjaya. Berusaha, berdoa, dan bertawakallah. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Khamis 30 Oktober 08 - 9.00pm.. Hari ni saya telah bersama² para pemenang Gila Wayang XFM untuk tayangan Filem Animasi Igor.. Filem ditayangkan di Cineleisure Mutiara Damansara.. Saya telah menjemput Nafisz, dan Mr Mayor untuk sama² menonton cerita tue.. Nafisz membawa abang saudaranya Hanif untuk menyertai kami manakala Mr Mayor membawa ceweknya. Kebetulan pula Sideburnmacho juga memenangi pas tayangan khas tersebut. Penyampai XFM Shac juga turun padang untuk sama² menonton percuma Filem tersebut.

Uniknya Tayangan Khas ini ialah tiketnya. Untuk tayangan khas sebelum ini tiketnya berbentuk segi empat. Tetapi untuk tayangan khas kali ini tiketnya berbentuk karakter Igor seperti gambar di atas. Kepada sesiapa yang ingin menonton trailer filem animasi ini lawatlah laman web rasminya, http://www.igor-movie.com

Sudu garpu pisau ni stainless steel.. forged stainless steel lak tue... mesti mahal kan... tgk rupa pun dah tau...

Ni pula tangan.. ade orang bila pergi majlis² atau function yg grand mcm kat hotel... makan mesti nak pakai sudu... makan pizza pun nk pakai sudu... makan roti garlic pun pakai sudu...

Tapi ramai orang tak nampak kekurangan bila kita makan guna sudu atau guna tangan...

  1. Tangan tu tangan kita.. kita tak boleh nak bagi orang senang² je nak pakai tangan kita
  2. Tangan kita kita tau bila kita tak basuh, tangan kita kotor jadi kita basuh tangan dulu baru makan.. sudu garpu pula kalau makan kat kedai bukan kita yang basuh.. kita tak tau sudi tue bersih ke tak...
  3. Lepas kita makan guna tangan tak kira dimana kita yang basuh... kalau guna sudu... bkn kat rumah kita.. kita bagi orang lain basuh...
  4. Makan guna tangan kita tau tangan kita sebelum makan tue ade ke toilet ke, workshop ke, ofis ke... kalau sudu kita tak tau kalau sudu tue pernah jatuh longkang yang penuh air sisa dapur sebelum kita makan...
Jadi mana lebih elok?? Makan guna sudu ke tangan??